Pelancaran Blog Rasmi untuk 3 PRK

on Monday, March 30, 2009

Sabtu lepas perasmian perang di tiga kawasan - dua bukit satu batang sudah pun selesai. Kita akan bertanding di tiga tempat iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai.
Tujuan blog ini dibina adalah demi menarik sokongan di alam siber ini untuk memastikan kejayaan akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Meskipun ia sepatutnya dimulakan semalam namun atas halangan tertentu ia baru berjaya disiapkan hari ini. Maafkan saya atas kekurangan tersebut.
Usaha BPN ini sekadar menambahkan lagi resepi kempen di alam siber yang sudah pun dibuat oleh sahabat2 kita di blog masing masing. Jika tidak ada sekalipun kita sudah mula melancarkan perang saraf di blog kita sendiri..Cuma atas cadangan sahabat bpn juga kita merasakan perlu dibuat satu blog rasmi PRK demi memusatkan semua info dan maklumat di sana.Akhirnya terciptalah blog ini dan andalah yang akan menentukan ia berjaya atau gagal nanti.
Blog ini akan dijayakan oleh beberapa blogger dan usaha mereka untuk menjayakan blog rasmi ini pasti sangat dihargai. Ia akan dihidupkan oleh 2-3 orang admin dari kalangan ahli BPN yang pasti tidak dijanjikan satu sen pun upah bagi tujuan tersebut. Melainkan kerana Allah demi menjaga agama bangsa dan negara dari diliwat atau diperkosa sewenang wenangnya oleh mereka yang mengaku pembela rakyat tetapi penderhaka kepada Raja.
Blog ini merangkumi semua isu di semua tiga kawasan PRK dan saya mencantumkan semuanya di satu tempat bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Sekarang ini BPN tidak mampu lagi menggaji atau memberi imbuhan kepada bloggernya untuk menjaga siang malam blog ini kerana BPN tidak ada dana untuk tujuan tersebut.
Cuma, keberkatan berjuang pasti dapat dirasa apabila kita berkorban atas wang kita sendiri. Kita menggunakan masa kita yang sangat berharga itu untuk perjuangan ini. Hingga kita tidak sedar sedikit demi sedikit kejayaan diraih hasil keikhlasan yang kita berikan itu. Walaupun isteri kita di rumah menarik muka masam melihat kita lebih intim dengan laptop dari bersama samanya di malam hari...


Jika ada info info berguna untuk diisi di sini anda boleh langsung hantar kepada TaipingMali, Yeopperak Apaingelai dan saya sendiri. Lagi ramai menolong lagi ringanlah beban yang ditanggung..


Moga blog rasmi PRK kita akan berjaya memberi sumbangan di tiga PRK tersebut insya Allah.



Blog blog lain sempena PRK di atas seperti berikut :

- http://bukitgantangbersatu.blogspot.com/
- http://wirabukitgantang.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya melihat persepsi rakyat sudah mula berubah dengan kembalinya Tun DrM ke dalam UMNO bagi menyokong gandingan mantap Najib-Muhyidin. Kalah atau menang, sepanjang tempoh kempen ketiga-tiga PRK ini para pemimpin UMNO akan senada mengemukakan fakta-fakta bagi menyokong kerajaan. Justeru rakyat akan diberi gambaran sebenar keadaan politik dan ekonomi semasa dalam kempen-kempen mereka. Akhirnya rakyat akan membuat kesimpulan bahawa semua pihak tidak boleh lagi bertelagah dan berpecah-belah. Sebaliknya semua harus bergotong-royong membina negara dan kembali pada akar perjuangan.

Kemelut pendirian fahaman yang berlaku dalam kalangan pembangkang akan dinilai oleh rakyat sebagai keadaan yang tidak stabil dan membahayakan keselamatan negara. Saya percaya rakyat semakin sedar ketidakjujuran parti-parti pembangkang membentuk pakatan dalam masa yang sama tidak sependapat dalam soal asas. DAP terang-terang menolak perlaksanaan hudud di Malaysia. Para penyokong PAS sendiri serba salah apabila diajukan persoalan ini.

Selamat berjuang, semoga Allah SWT meredhai perjuangan kita, khususnya ahli BPN.

TYDP 1 BPN
http://waadat.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

Komen Pertama dari Cheguman... Chegu ada bahan boleh disumbang untuk blog ini.tq

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...