Pindah kegagalan PKR di Permatang Pauh ke Batang Ai

on Tuesday, March 31, 2009

Oleh Apai Ngelai, Rajahmas:
SERAMAI 10 ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai telah melawat kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini bagi melihat dengan mata sendiri tahap pembangunan dan suasana kehidupan penduduk di kawasan itu.

Rombongan berkenaan diketuai ‘orang kuat’ Presiden PRS Datuk Sri Dr James Masing iaitu Jackson Melintang.Selain daripada penulis, turut serta dalam lawatan itu ialah Penghulu Jaul Lutau, Kaunselor Gerang Jubin, Kaunselor Jugat, Kaunselor Temeling Jua, Kaunselor Nyelang Jimbau, Naka Indap, Jyanita Melai, Roselind Lanyau dan Jimbun Tawai.

Sebaik sahaja menjejak kaki di Bumi Permatang Pauh – kawasan yang ditadbir oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail, ahli rombongan kami tergaman sejenak apabila melihat kemunduran dan kedaifan penduduk kawasan itu.

Kami seakan tidak percaya apabila kebanyakan rumah yang didiami penduduk terutamanya kaum Bumiputera dalam keadaan daif.

Maka tertanya-tanya dalam sanubari penulis apa yang dapat dilakukan Anwar untuk memajukan Batang Ai sebagaimana dalam ucapan kempennya sedangkan kawasannya yang sepatutnya dimajukan oleh mereka suami isteri selama 27 tahun masih mundur manakala rakyatnya pula hidup dalam serba kekurangan.

Kawasan yang dimaksukan ialah Kampung Bagan Serai yang terletak di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Sebaik tiba di perkampungan itu, rombongan kami melihat tiga wanita sedang membuang kepala ikan bilis untuk dijadikan sambal nasi lemak untuk dijual.

Ditanya tentang keadaan setelah pembangkang mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang, penduduk salah seorang wanita berkenaan menyatakan bahawa keadaan mereka sekarang lebih susah sekarang.

“Lihatlah keadaan kami yang tidak diambil peduli oleh kerajaan yang memerintah ketika ini."

“Jadi untuk menampung kehidupan, kami sekeluarga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan.
Untuk mengharapkan wakil rakyat kami iaitu saudara Anwar mengubah kehidupan dan menaikkan taraf ekonomi kami jangan haraplah,” ujarnya.

Tambah wanita itu lagi, sejak diwakili pasangan suami isteri itu (Anwar dan Wan Azizah), penduduk belum lagi merasai kesenangan malah banyak janji yang diluahkan sebelum ini tidak ditunaikan.

Untuk menyelami masalah penduduk dengan lebih mendalam lagi, penulis turut menemui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Jalan Huseein Onn, Mustaffa Ismail.

Menurut Mustaffa, Anwar bercakap tidak serupa bikin apabila banyak janji-janjinya dengan penduduk-penduduk di kawasan itu tidak pernah ditunaikan.

“Orang seperti saudara Anwar ini memang suka berjanji tetapi tidak pernah ditunai dan anda di Sarawak jangan percaya dengan dia (Anwar),” katanya.

Pada masa yang sama, katanya Anwar juga memetingkan diri kerana kerana setelah berjaya menawan Permatang Pauh, beliau akan balik semula ke Kuala Lumpur dan jarang menjenguk kawasan pilihan rayanya terutama di Bagan Serai.

“Isterinya, Wan Azizah hanya tiga kali melawat kampung ini sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat kawasan ini,” katanya.

Mustaffa berkata, beliau sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak kerajaan tentang sistem perparitan di kampung itu yang kurang sempurna tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Akibatnya, 18 kali rumah yang terletak di tepi jalan itu dimasuki air, jelasnya.
“Aduan kami memang tidak pernah dipedulikan oleh Anwar, jadi macam mana dia boleh menyelesaikan masalah di Batang Ai”.

Menurutnya, aduan berhubung masalah parit di kampungnya itu juga pernah disiarkan dalam akhbar tempatan namun tiada tindakan susulan diambil.

Kemudian rombongan kami telah dibawa oleh pengiring kami ke pekan Permatang Pauh.
Daripada pengamatan, pekan Permatang Pauh bolehlah dikatakan sebagai ‘pekan tidur’ berikutan kebanyakan kedai di pekan itu ditutup.

Menurut pengiring kami, kebanyakan kedai di pekan itu ditutup berikutan kekurangan pelanggan memilih pekan itu sebagai tempat untuk membeli-belah.

“Ya banyak kedai di pekan ini ditutup walaupun ditampal iklan di merata-rata tempat kepada orang ramai untuk disewa namun tidak mendapat sambutan."katanya.

Begitu juga dengan keadaan pasar di sekelilingi kawasan Permatang Pauh yang masih berbentuk lama.

sumber: Utusan Sarawak

Bukit Selambau : Kalaivanar hanya isyarat..ada lagi gelombang besar..




Oleh NTanwar, AIDCclub

Hari ini, Kalaivanar, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli PKR yang lain. 

"Mengapa saya keluar PKR ? Adakah kerana saya tidak terpilih jadi calon Bukit Selambau ? Tidak.Tidak. Isu jadi calon Bukit Selambau isu sampingan. Apa dia isu besar ? Isu besar adalah sikap DIKTATOR dan KETIDAKPEDULIAN Anwar Ibrahim. Dia macam FIRAUN. Dia sahaja yang betul. Ahli-ahli bawah semua buruh kasar kena patuh segala arahannya", tegas Kalaivanar.


"Saya bosan. Saya tidak mahu bazirkan masa lagi dan memperdaya orang lain.PKR memperdaya orang India hanya untuk dapatkan sokongan. Mainkan sentimen kita bila mereka naik ke pentas, bercakap tentang lima tahanan Hindraf dan melaungkan Makkal Sakthi (kuasa rakyat). Bila saya cadangkan semua ahli Parlimen pembangkang mengadakan mogok di Parlimen bagi pembebasan lima pemimpin itu (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri), tiada seorang pun yang mendengarnya," katanya.

"Dengan ini saya bubarkan Bahagian PKR Jerai yang mempunyai 100 ahli dan juga Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah yang saya adalah pengerusinya", katanya lagi.

Kalaivanar bukan ahli baru dalam PKR. Dia jadi ahli sejak 1998. Dia sendiri pernah ditahan polis sebanyak 29 kali gara-gara terlibat dengan demonstrasi bela Anwar Ibrahim. 

Setelah berjuang bela Anwar, apa dia dapat ? Dapat masuk lokap polis adalah..

"Berbaloikah ditahan 29 kali hanya dapat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat India Kedah ?. Tak berbaloi langsung. Sebab itu isteri saya (K Deivanai), ketua wanita PKR Negeri pun keluar parti juga walaupun dia ditawarkan Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani"

"Lebih baik tak payah susah payah berjuang dalam PKR, S. Manikumar yang baru dua tahun masuk PKR pun disanjung gila, macamlah dia berjasa kepada parti", katanya lagi.

Itu cerita gempak, di sebalik rasa tidak puas hati orang lama PKR terhadap pemilihan calon bidang terjun PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.

Anwar Ibrahim memilih S Manikumar, muka baru yang tidak aktif dalam PKR, orang luar kawasan Bukit Selambau semata-mata berdasarkan bodek kipasan turbo daripada DATUK RAVI DHARAN, seorang bisnesman yang banyak sponsor Anwar Ibrahim.

S Manikumar, anak buah V ARUMUGAM telah menjalankan perniagaan dengan ROHINI GUNA, seorang ahli perniagaan Kedah yang merupakan anak buah DATUK RAVI DHARAN. 

Dapat lihat link mereka ? V ARUMUGAM - ROHINI GUNA - DATUK RAVI DHARAN - Anwar Ibrahim. Maka muncullah secara tiba-tiba S MANIKUMAR! 

Orang-orang PKR Kedah yang berjuang bagai nak mampus seperti Kalaivanar, K. Masilamani, Dr R. Krishnamoorthy, S. Thanenthiran, dan S. Sritharan dipinggirkan dengan begitu saja. Habis madu, sepah dibuang, itulah stail politik Anwar Ibrahim.

Sebab itu semasa Anwar umumkan nama Manikumar sebagai calon PKR, penyokong-penyokong Masilamani mengamuk sakan. Masilamani sudah berjuang sekian lama menjaga kebajikan masyarakat India di Bukit Selambau, tiba-tiba diumumkan nama 'orang luar' mentang-mentanglah ada aset perniagaan.

Datuk Ravi Dharan pula macam bos besar yang ada kabel besar dengan Anwar Ibrahim. Dalam negara, luar negara, semuanya diuruskan oleh Datuk Ravi. Dia menggantikan tempat Datuk Nallakarupan, sepuluh tahun lampau. Dulu di mana ada Anwar, di situlah ada Datuk Nalla. Sampai boleh masuk ke rumah Anwar, melalui pintu dapur tanpa pecat kasut. Sekarang di mana ada Anwar, di situlah ada Datuk Ravi!

Sebenarnya pengumuman keluar PKR oleh Kalaivanar hari ini, hanya isyarat permulaan. Ada satu gelombang lagi akan berlaku. Gelombang Makkal Sakthi, Gelombang HINDRAF yang merasakan diri mereka dipermainkan oleh Anwar.




Di mana Anwar ketika ini, ketika ahli-ahli PKR sedang berkecamuk di Bukit Selambau ?

Anwar tidak peduli semua itu. Dia hanya pedulikan periuk nasinya saja. Ketika ini dia sibuk MELANCONG, berlagak sebagai PERDANA MENTERI melancong di DUBAI, BAHRAIN dan singgah sekejap di BANGKOK.

Peduli apa Anwar dengan HINDRAF dan MAKKAL SAKTHI. Diakan bercita-cita jadi PM, jadi urusan dalaman PKR biarlah Khalid gagap uruskan. 

Anwar pula sibuk MELANCONG di BANGKOK!

sumber - NTanwar

Anwar hanya mahu perkuda rakyat Sarawak

LUBOK ANTU (Sarawak) - Ada kira-kira 4,000 orang penyokong calon di Kompleks Sukan Lubok Antu, pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Ai. Bilangan penyokong calon BN, Malcolm Mussem Lamoh hampir sama banyak dengan penyokong calon PKR, Jawah Gerang.

Barangkali ia melambangkan betapa sengitnya pertarungan satu lawan satu di Batang Ai, sebuah kawasan terpencil yang berpusat di pekan Lubok Antu dekat sempadan Indonesia, kira-kira enam jam perjalanan dengan kereta dari Kuching.

Kata orang ramai, ini perlawanan 50-50. Kata orang-orang PKR, ini perlawanan 55-45 (55 PKR dan 45 BN). Kata orang-orang BN pula, BN akan menang.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar. 

Dalam pilihan raya negeri 2006, Unting Ingkot menang hanya dengan majoriti 806 undi. Ini menunjukkan betapa sengitnya pertarungan di Batang Ai.

Kira-kira 40 peratus daripada 22,270 penduduk Batang Ai dari 238 rumah panjang bergantung kepada sungai untuk tujuan pengangkutan. Khabarnya hampir kesemua bot telah ditempahsewa lebih awal oleh PKR. Jentera kempen BN terpaksa memerah kepala dan duit untuk mencari pengangkutan lain melalui sungai dan darat. Liciknya perancangan PKR. 

Mengikut daftar pilihan raya, terdapat 8,600 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 95 peratus Iban di kawasan yang sangat luas sekitar 1,341 kilometer persegi dengan 24 pusat pengundian dibuka pada hari pengundian.

Ketika pilihan raya kecil Batang Ai berlangsung serentak dengan pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah dan kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak, tumpuan di Semenanjung tentulah lebih ke kawasan `dua bukit' itu di mana BN berhadapan dengan Pas dan PKR.

Namun perhitungan di Batang Ai bukan calang-calang pentingnya. Ini adalah gelanggang bagi PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukur sejauh mana pengaruhnya di negeri yang sekian lama menjadi kubu BN di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Objektif Anwar amat jelas iaitu menarik para pengundi di Sarawak dan seterusnya Sabah bagi menyokong pakatan pembangkang Semenanjung (PKR,DAP dan Pas) menggulingkan BN di peringkat Parlimen bagi mencapai cita-citanya yang tidak kunjung padam untuk menjadi Perdana Menteri.

Keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 telah menunjukkan betapa pakatan pembangkang pimpinan Anwar gagal menumbangkan BN kerana tidak mendapat sokongan di Sarawak dan Sabah. Anwar selanjutnya cuba menarik ahli-ahli Parlimen BN di Sarawak dan Sabah melompat ke pakatan pembangkang dan menetapkan 16 September 2008 (hari ulang tahun Sarawak dan Sabah bergabung dengan Semenanjung di bawah pembentukan Malaysia) sebagai tarikh keramat menumbangkan kerajaan persekutuan BN dan menubuhkan kerajaan baru.

Berkali-kali Anwar mendakwa bahawa jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah mencukupi bagi beliau menumbangkan BN, malah pada 15 September beliau masih lagi memberitahu wartawan bahawa rancangannya itu tetap akan berlaku. Tapi akhirnya ternyata tarikh 16 September 2008 adalah `temberang terbesar Anwar.'

Anwar yang memang terkenal dengan semangat tidak mengaku kalah tidak berputus asa selagi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai. Bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dipenjara atas kesalahan rasuah itu mengubah strategi dengan memperkuatkan kempen untuk mempengaruhi rakyat Sarawak dan Sabah pula supaya menyokong beliau dan pakatan pembangkang Semenanjung.

Apabila diadakan pilihan raya kecil Batang Ai ekoran kematian Unting Ingkot, Anwar melihat ini adalah kesempatan untuk digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi rakyat Sarawak supaya menyokong beliau dan pakatan pembangkang Semenanjung.

Jika menang adalah bonus. Jika kalah masih tidak mengapa kerana pilihan raya kecil itu adalah landasan baginya untuk menganggu-gugat BN Sarawak dengan menanam kebencian yang diharapkan subur pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Taktik Anwar di Sarawak adalah taktik yang sama yang beliau gunakan berterusan sehingga sekarang di Semenanjung.

Pertama, laga-lagakan permusuhan antara kaum dan kedua, serang habis-habisan perbadi pemimpin tertinggi kerajaan BN Sarawak iaitu Taib Mahmud dengan menggunakan media baru yang dikuasainya, blog dan laman web.

Di Semenanjung, Anwar melalui Hindraf dan slogan Makkal Sakhti berjaya membakar semangat perkauman rakyat keturunan India dan menyerang DEB untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama Cina. Apa jua bibit-bibit yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat dieksploitasi sepenuhnya untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan BN.

Badan kehakiman dan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan seperti polis, badan pencegah rasuah dan Pejabat Peguam Negara menjadi sasaran serangan jentera pembangkang pimpinan Anwar secara strategik dan bertali arus. Kini institusi raja pula menjadi sasaran gerakan pembangkang pimpinan Anwar dengan meniupkan isu bahawa institusi itu proBN. Segalanya dilakukan dengan satu agenda iaitu untuk menumbangkan BN dan menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Taktik menyerang pemimpin tertinggi telah Anwar gunakan sejak beliau disingkir oleh Tun Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jentera penyokong Anwar yang cukup mahir dalam teknologi dan strategi propaganda media baru telah menyerang peribadi Mahathir habis-habisan. Anwar sedikit pun tidak mengenang budi Mahathir yang membawanya masuk ke dalam UMNO dan akhirnya memberikannya jalan mudah untuk menjadi penggantinya.

Tentu ada sebab yang kukuh bagi Mahathir untuk menyingkir anak didik yang pernah `disayanginya' itu. Betapa Mahahtir sayang kepada Anwar sehingga sanggup membiarkannya mengenepikan Tun Ghafar Baba, seorang veteran yang berjasa besar kepada UMNO. 

Selepas Mahathir berundur, sasaran serangan media baru proAnwar dihalakan pula kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelbagai tulisan, kartun dan gambar yang menghina Pak Lah disumbatkan ke dalam blog dan lama web untuk membangkitkan perasaan tidak hormat dan meluat di kalangan rakyat terhadap ketua ekskutif negara, kerajaan dan parti pimpinannya.

Apabila nyata Pak Lah tidak lagi dihormati oleh rakyat dan ahli-ahli partinya sendiri (UMNO), jentera propaganda media baru Anwar mengalihkan serangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula. Tuduhan yang paling hebat dan berterusan ialah kononnya Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walaupun Najib telah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau sama sekali tidak terlibat, serangan terus dilipatgandakan. 

DAP dan Pas juga amat menyedari grand design Anwar ini. Tapi dengan rela hati mereka menyokong Anwar hanya kerana mereka sangat membenci BN yang sekian lama menjadi musuh politik utama mereka. Perasaan dendam telah menyatukan Anwar dengan DAP dan Pas untuk menumbangkan BN.

Tapi percayalah bahawa dendam adalah satu tali ikatan yang sangat rapuh dan berisiko tinggi. Jika mereka berjaya menumbangkan BN, kerjasama mereka tidak akan dapat bertahan lama kerana fahaman dan objektif politik masing-masing amat berbeza. Jika BN sudah jatuh, maka tibalah pula giliran mereka untuk mempertahan dan memperluas kuasa serta pengaruh masing-masing. Lambat laun mereka akan bergaduh sesama sendiri dan menjerumuskan petadbiran negara ke keadaan berkecamuk dan lebih tidak stabil.

Kini Sarawak menjadi gelanggang agenda peribadi Anwar. Blog-blog proAnwar telah muncul dengan meledakkan serangan peribadi terhadap Taib Mahmud yang telah memimpin Sarawak dengan stabil selama 28 tahun. Terlalu lama menjadi pemimpin adalah satu isu yang dibangkitkan selain pelbagai dakwaan lain. 

Percayalah bahawa jika Taib Mahmud berundur pada hari ini, sesiapa jua yang menggantikannya akan menerima serangan yang sama hebatnya, atau barangkali lebih kuat. Sama dengan apa yang telah berlaku ke atas Mahathir, Pak Lah dan Najib.

Apakah Anwar seorang yang sangat mulia dan tiada cacat-cela? Melihat isi kandungan serangan blog-blog proAnwar, seolah-olah begitulah mesej yang mahu disampaikan kepada rakyat Semenanjung, dan sekarang rakyat Sarawak. Pilihlah Anwar yang tidak korup, paling pandai mentadbir dan paling mulia akhlaknya!

Sayang seribu kali sayang, mereka itu mengenali Anwar hanya sepintas lalu, dari jauh dan barangkali bersumberkan propaganda para penyokong Anwar yang mahu naik bersamanya atas kepentingan peribadi.

Selain serangan peribadi terhadap Taib Mahmud, gerakan Anwar ialah melaga-lagakan kaum di Sarawak. Sasaran utama ialah kaum Dayak yang merupakan majoriti rakyat Sarawak supaya membenci lain-lain kaum utama di negeri itu terutama Melanau yang merupakan suku kaum Taib Mahmud.

Oleh kerana Taib Mahmud dan pendahulunya Tun Abdul Rahman Yaakob adalah orang Melanau, maka cara yang mudah bagi Anwar untuk melaga-lagakan kaum ialah dengan menjanjikan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada seorang Dayak jika pakatan pembangkang Semenanjung dapat `memerintah' Sarawak kelak.

Ini adalah bahanapi mudah terbakar bersalut gula-gula yang cukup menarik untuk disogokkan kepada para pengundi di Batang Ai yang majoritinya ialah Iban, suku terbesar kaum Dayak. Dan Anwar menyogokkannya tanpa segal-silu, sama seperti beliau menyogokkan janji `16 September 2008' kepada rakyat di Semenanjung ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu.
Sebenarnya soal pembangunan, rasuah dan apa jua isu lain adalah perkara kedua bagi Anwar yang beliau hanya gunakan untuk mendaulatkan cita-citanya yang tidak pernah kunjung padam - Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bagi beliau rakyat Malaysia, sama ada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah adalah alat sahaja.

Beliau mahu menjadi PM Malaysia untuk apa? Untuk Anwar menjadi PM, itu sahaja. Beliau percaya beliau adalah manusia yang paling layak jadi PM Malaysia. Samalah juga dengan Amerika Syarikat (sahabat Anwar) menumbangkan Saddam Hussein, untuk apa? Hanya kerana mahu menumbangkan Saddam Hussein dan membuktikan kegagahan Amerika serta Presiden Bush. Selepas tumbangnya Saddam, ternyata keadaan di Iraq lebih teruk daripada zaman pemerintahannya.

Keadaan di Iraq selepas penaklukan Amerika sudah siang-siang lagi dibayangkan Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Dan Mahahtir juga pernah menyatakan bahawa beliau adalah orang pertama yang akan meninggalkan Malaysia jika Anwar jadi PM.

Kepada para pengundi Batang Ai, percayalah bahawa Jawah Gerang telah termakan gula-gula Anwar. Tentu ada sesuatu yang tersembunyi yang Anwar telah janjikan kepada Jawah. Maka sokonglah Jawah jika anda mahu menyokong Anwar, orang yang telah menjanjikan `16 September 2008' kepada penduduk di Semenanjung

sumber - Malaysiaaktif

Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry

Oleh : Padiyappa

Apa punya desperate la calon PAS Bukit Gantang ni. Dah la masih mengaku dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah walhal hakikatnya pihak istana dan perlembagaan secara terang dan jelas sudah pun menolak dan menyingkirkan kedudukannya sebagai Menteri Besar malah MB Perak yang baru pun sudah dilantik dengan rasmi dan majlis angkat sumpah pun telah dijalankan dengan lancarnya.

Kemudian, pelbagai alasan diberi entah samada untuk menarik simpati rakyat atau hanya untuk menunjukkan kebodohan diri sendiri ketika hendak menyerahkan semula kunci kediaman rasmi Menteri Besar dan kunci Camry rasmi yang baru dibazirkannya. Kemudian, dengan angkuh, bongkak dan sombongnya telah diperbodohkan dan diperkudakan oleh puak DAP semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan BN yang baru dilantik dengan mengadakan sidang DUN tergempar di bawah pokok hingga menjatuhkan maruah dan martabat negara di mata dunia walhal diri sendiri tahu akan kedudukan dan kemungkinan yang mustahil untuk mendapatkan perkenan Sultan bagi membubarkan DUN dan mengiktiraf dirinya sebagai MB Perak yang sah.

Terbaru, dengan rela hati menerima penawaran untuk menjadi calon PAS di Bukit Gantang semata-mata untuk membuktikan bahawa dirinya masih di pihak benar walaupun hakikatnya ia umpama menegakkan benang yang basah kuyup. Apa sudah jadi dengan Nizar ni??? Sudah-sudahlah. Bawa-bawalah berinsaf dan kembalilah muhasabah diri sendiri. Jangan kerana kuasa, pangkat dan kedudukan hingga sanggup menggadaikan maruah diri dan hanya merelakan diri diperguna dan diperkuda oleh pihak yang berkepentingan lain walhal mereka bijak berselindung di sebalik diri anda. Pelihara maruah dan martabat diri sebagai khalifah dan pemimpin orang Islam dan jangan begitu mudah membiarkan bangsa lain menipu kita hanya kerana dipermainkan dengan agenda perjuangan dan keadilan yang tak bermatlamat.

"TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam.

Perkara itu didedahkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib.

"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan dan memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong, di sini,

Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, tindakan Nizar itu seperti dirancang dan jelas calon Pas itu sanggup menggunakan masjid sebagai gelanggang berpolitik untuk berceramah.

"Perbuatan Nizar sangat menyedihkan dan satu tindakan provokatif.

"Saya percaya beliau, selepas ini tidak teragak-agak menggunakan pelbagai alasan untuk menjadikan masjid sebagai tempat melakukan perbuatan seumpama itu."
- B. Harian Online

Tan Sri Muhyidin bidas tindakan PKR letak calon di Bukit Selambau




Tindakan PKR meletakkan calon di Bukit Selambau disifatkan perbuatan yang memalukan parti itu sahaja kerana wakil rakyat mereka sebelum ini lari dan meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Kedah.

Parti itu juga sudah menunjukkan kegagalan ideologi mereka selain hanya berjuang untuk kepentingan individu tertentu dalam PKR terutama untuk Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sepatutnya mereka malu letak calon..apa tujuan kalau letak calon, memang dan kemudian lari,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas mendengar taklimat jentera Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Bukit Selambau di Aman Jaya, Sungai Petani Isnin.

Menurut beliau, rakyat sudah memberi peluang kepada PKR dalam pilihanraya lalu tetapi wakil rakyat mereka gagal buat kerja dan lari daripada tanggungjawab.

Padalah pilihanraya lalu, calon Bebas V.Arumugam menenangi kerusi DUN Bukit Selambau tetapi menyertai PKR seterusnya dilantik anggota Exco sebelum meletakkan jawatan pada 8 Februari lalu.

“Bukan kita suruh dia berhenti..Kita takut calon PKR kali ni juga lari daripada tanggungjawab jika menang nanti. Wakil BN tak akan lari dan rakyat patut beri peluang kepada BN kali ini,” ujarnya.

Muhyiddin mengakui BN berdepan masalah dahulu tetapi sudah menubuhkan badan khas bagi tujuan penambahbaikkan BN dan akan mengumumkannya satu persatu.

“Kita sudah sedar, insaf serta tahu ada kelemahan. Kita tak mahu bohong. Sekarang kita letak calon paling sesuai. Jika pengundi berfikir rasional, peluang kita adalah baik,” katanya.

Calon BN, Datuk S.Ganesan yang akan menentang S.Manikumar daripada PKR serta 13 calon Bebas lain, turut hadir taklimat dan sidang media tersebut.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menyangkal dakwaan keputusan pilihanraya kecil ini akan jadi rujukan berikut perubahan pucuk pimpinan parti UMNO dan kerajaan.

“Bagaimanapun, signifikannya ada. Ianya lebih kepada ‘feel factor’ dan ‘wow factor’. Kita telah berkempen lebih baik malah kajian sikap menunjukkan sudah ada perubahan sikap pengundi-pengundi di kawasan ini,” katanya.

Sambil menyatakan peluang BN dan PKR, 50-50 peratus, beliau berseloroh mengatakan BN perlu cari satu peratus lagi untuk menang di Bukit Selambau.

Mengenai bilangan calon yang terlalu ramai dan dianggap luar biasa, Muhyiddin berkata, faktor itu tidak begitu membawa kesan kerana mereka bertanding bukan atas dasar ideologi atau falsafah perjuangan.

“Sebaliknya mereka Cuma nak bertanding, bukan berkhidmat kepada rakyat,” tegasnya.

Nizar eksperimen PAS di Bukit Gantang?

Analisis Kumbang selepas petikan video ini..



Analisis Kumbang..

Hari ini penamaan calon akan berlangsung di 3 tempat. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
3 tempat ini. 2 daripadanya Pakatan Rakyat menurunkan calon PKR iaitu Bukit Selambau dan Batang Ai serta terakhir sekali Bukit Gantang , Pakatan Rakyat menurunkan calon PAS.

Kumbang akan ulas Bukit Gantang dahulu. Seperti biasa Kumbang akan hadir dengan analisis dan teori yang kita akan perbincangkan kesahihannya.

Pada Kumbang. Bukan calon PAS yang hanya akan bertanding di Bukit Gantang.
Tetapi DAP pun turut akan bertanding di sana.
Kerana apa, Bukit Gantanglah yang akan menentukan sejauh mana keberjayaan kerjasama DAP dan PAS di Perak serta persoalan, adakah rakyat dapat menerima kerjasama DAP dan PAS?

Nizar sudah terkenal dengan gelaran 'boneka DAP' sejak akhir-akhir ini.
Dimulakan dengan Perjanjian Pangkor 2 sehinggalah krisis politik Perak baru-baru ini.
Rata-rata blogger yang tidak pro mana-mana parti pun menyetujui hal ini seperti blogger Husin Lempoyang yang mengeluar 'satira perli' khas untuk Nizar.
Blogger Perak Bangkit dan GAP juga mendedahkan kaitan Nizar dengan DAP yang cukup kuat.
Sampaikan mesyuarat exco yang penting pun dikatakan menggunakan bahasa cina.
Hal-hal Nizar yang lain boleh rujuk blog Perak Bangkit.

Kita perlu sedar, PAS telah mencadangkan kerajaan perpaduan baru-baru ini.
Hal ini tidak dipersetujui oleh Nik Aziz yang tak mahu sejarah berulang dan katanya Haji Hadi akan membelakangi keputusan Muktamar PAS di Ipoh pada ogos lepas.
Antara yang paling kuat menentang ialah DAP.
Kumbang rasa PAS, khususnya Haji Hadi telah mampu melihat keburukkan kerjasama PAS dan DAP.
Buktinya, Karpal telah berani menyatakan pendirian untuk menyaman Sultan Perak.
PKR dan PAS yang tidak bersetuju hanya mampu menyatakan itu semua hanya pendapat peribadi. Itu luaran, dalam hati siapa tahu?

Justeru itu PAS yang selama ini kononnya menang dengan kuasa rakyat perlu kembali menilai adakah kerjasama dengan DAP diterima rakyat selepas krisis politik Perak.

Bagaimana untuk menunjukkan kepada Nik Aziz dan ahli PAS yang lain bahawa kaitan PAS dengan DAP diterima atau tidak?

Cara terbaik adalah melakukan eksperimen dengan meletakkan calon yang paling hampir dan berkait rapat dengan DAP.

Siapa lagi kalau bukan Nizar 'Menteri Besar Perak yang sah' yang sentiasa ada di sampingnya Ngeh dan Nga, kepimpinan DAP Perak.

Kumbang ingin menyentuh soal Nizar yang mengatakan Barisan Nasional adalah seperti Israel kerana kononnya merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dalam video di atas.

Kumbang persoalkan,bagaimana dengan cita-cita 16 September Pakatan Rakyat?

Pernyataan Nizar ini perlu kita simpan dalam fikiran. Jika benar Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat.

Kita akan tanya Nizar. Siapa Israel pada ketika itu?

Kumbang tidak hairan. Kerana beliau pasti akan membuat pernyataan 'menyelamatkan perut sendiri'.

Konklusi posting pada kali ini.
Kumbang merayu pengundi Bukit Gantang khususnya penyokong PAS. Buktikan bahawa anda tidak dapat menerima kerjasama DAP dan PAS melalui peti undi.

Pada pengundi yang berada di atas pagar. Fikir sejenak apa yang Kumbang cuba sampaikan di atas dan buatlah penilaian. Mana kaca, mana permata.

Jika benar, Nizar adalah eksperimen PAS.
Pengundi Bukit Gantang, pastikan eksperimen ini gagal.
Agar kepimpinan dan ahli PAS tahu kerjasama dengan DAP merugikan mereka.

"Kuasa rakyat, Kuasa keramat"

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

Calon BN PERKENAL DIRI

on Monday, March 30, 2009



Berdialog, ceramah cara Pemuda BN dekati golongan muda: RAZALI IBRAHIM




Pemuda BN akan menggunakan pendekatan berdialog dan ceramah untuk mendekati golongan muda agar menyokong parti itu dalam tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak pada 7 April ini.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, pendekatan itu berbeza dengan yang dijalankan sebelum ini di mana pihaknya memilih menggunakan ceramah-ceramah besar untuk mendekatkan diri dengan pengundi muda. Penggunaan ceramah-ceramah besar tanpa dialog tidak memuaskan hati golongan muda kerana mereka tidak berkesempatan meluahkan perasaan.

''Pengalaman lalu menunjukkan kaedah berdialog melalui ceramah sangat memberangsangkan maklum balasnya di mana mereka dapat meluahkan hati dan perasaan terhadap isu-isu yang terbelenggu. Pemuda BN juga diamanahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjalankan kajian mengenai sikap pengundi muda yang ditemui dan membuat profil mengenai mereka," ujarnya kepada wakil media ketika ditemui selepas melawat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN Parlimen Bukit Gantang semalam.

Beliau berkata, kajian sikap dan profil ini bukan hanya dibuat dalam tempoh pilihan raya tetapi berterusan selepas itu bagi memudahkan Pemuda BN mendekati golongan terbabit, mengenal pasti masalah mereka dan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

''Saya rasa pendekatan baru yang diperkenalkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Presiden menunjukkan kesungguhan bahawa kita tidak boleh lagi leka dan memandang ringan soal modal insan sebagai satu elemen penting dalam membentuk kerajaan. Ini kerana kita menyedari bahawa 90 peratus daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dilahirkan selepas merdeka," katanya.

Mengenai Parlimen Bukit Gantang, Razali berkata, pihaknya mengenal pasti terdapat beberapa keperluan perlu disediakan kepada golongan ini iaitu kemudahan sukan dan peluang ekonomi terutama masalah pengangguran akibat krisis ekonomi dunia dialami ketika ini.

''Jadi, kita akan pastikan seluruh jentera kita dapat mengenal pasti kumpulan-kumpulan ini dan bertanya bagaimana kita dapat membantu dan menyediakan apa keperluan mereka. Kita mahu mendekati mereka secara tersusun bukan seperti pembangkang atau parti-parti lain yang gunakan pilihan raya untuk berpolitik kerana BN memikirkan tentang mutu kerja semasa pilihan raya dan selepasnya," katanya.


Sumber : http://sahabatgunung9506.blogspot.com/

Gambar Penamaan Calon Bukit Gantang

sanggup jadi pencacai DAP yang terang2 tolak hudud






kebangkitan rakyat bukit gantang


MB yang ikhlas berjuang demi rakyat



Ismail Safian calon pilihan rakyat bukit gantang bekerja demi rakyat




Bangga muka keluar poster dan banner...
sponsor dari tiger beer pulak tu lagi mau cerita hudud dan islam




Bersedia mengiringi calon






Ribuan penyokong BN yang bersemangat!





gelombang merah biru







siapa yang menderhaka pada sultan ?






Pelancaran Blog Rasmi untuk 3 PRK

Sabtu lepas perasmian perang di tiga kawasan - dua bukit satu batang sudah pun selesai. Kita akan bertanding di tiga tempat iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan juga Batang Ai.
Tujuan blog ini dibina adalah demi menarik sokongan di alam siber ini untuk memastikan kejayaan akan berpihak kepada pejuang kebenaran. Meskipun ia sepatutnya dimulakan semalam namun atas halangan tertentu ia baru berjaya disiapkan hari ini. Maafkan saya atas kekurangan tersebut.
Usaha BPN ini sekadar menambahkan lagi resepi kempen di alam siber yang sudah pun dibuat oleh sahabat2 kita di blog masing masing. Jika tidak ada sekalipun kita sudah mula melancarkan perang saraf di blog kita sendiri..Cuma atas cadangan sahabat bpn juga kita merasakan perlu dibuat satu blog rasmi PRK demi memusatkan semua info dan maklumat di sana.Akhirnya terciptalah blog ini dan andalah yang akan menentukan ia berjaya atau gagal nanti.
Blog ini akan dijayakan oleh beberapa blogger dan usaha mereka untuk menjayakan blog rasmi ini pasti sangat dihargai. Ia akan dihidupkan oleh 2-3 orang admin dari kalangan ahli BPN yang pasti tidak dijanjikan satu sen pun upah bagi tujuan tersebut. Melainkan kerana Allah demi menjaga agama bangsa dan negara dari diliwat atau diperkosa sewenang wenangnya oleh mereka yang mengaku pembela rakyat tetapi penderhaka kepada Raja.
Blog ini merangkumi semua isu di semua tiga kawasan PRK dan saya mencantumkan semuanya di satu tempat bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Sekarang ini BPN tidak mampu lagi menggaji atau memberi imbuhan kepada bloggernya untuk menjaga siang malam blog ini kerana BPN tidak ada dana untuk tujuan tersebut.
Cuma, keberkatan berjuang pasti dapat dirasa apabila kita berkorban atas wang kita sendiri. Kita menggunakan masa kita yang sangat berharga itu untuk perjuangan ini. Hingga kita tidak sedar sedikit demi sedikit kejayaan diraih hasil keikhlasan yang kita berikan itu. Walaupun isteri kita di rumah menarik muka masam melihat kita lebih intim dengan laptop dari bersama samanya di malam hari...


Jika ada info info berguna untuk diisi di sini anda boleh langsung hantar kepada TaipingMali, Yeopperak Apaingelai dan saya sendiri. Lagi ramai menolong lagi ringanlah beban yang ditanggung..


Moga blog rasmi PRK kita akan berjaya memberi sumbangan di tiga PRK tersebut insya Allah.



Blog blog lain sempena PRK di atas seperti berikut :

- http://bukitgantangbersatu.blogspot.com/
- http://wirabukitgantang.blogspot.com/