Nizar eksperimen PAS di Bukit Gantang?

on Tuesday, March 31, 2009

Analisis Kumbang selepas petikan video ini..



Analisis Kumbang..

Hari ini penamaan calon akan berlangsung di 3 tempat. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
3 tempat ini. 2 daripadanya Pakatan Rakyat menurunkan calon PKR iaitu Bukit Selambau dan Batang Ai serta terakhir sekali Bukit Gantang , Pakatan Rakyat menurunkan calon PAS.

Kumbang akan ulas Bukit Gantang dahulu. Seperti biasa Kumbang akan hadir dengan analisis dan teori yang kita akan perbincangkan kesahihannya.

Pada Kumbang. Bukan calon PAS yang hanya akan bertanding di Bukit Gantang.
Tetapi DAP pun turut akan bertanding di sana.
Kerana apa, Bukit Gantanglah yang akan menentukan sejauh mana keberjayaan kerjasama DAP dan PAS di Perak serta persoalan, adakah rakyat dapat menerima kerjasama DAP dan PAS?

Nizar sudah terkenal dengan gelaran 'boneka DAP' sejak akhir-akhir ini.
Dimulakan dengan Perjanjian Pangkor 2 sehinggalah krisis politik Perak baru-baru ini.
Rata-rata blogger yang tidak pro mana-mana parti pun menyetujui hal ini seperti blogger Husin Lempoyang yang mengeluar 'satira perli' khas untuk Nizar.
Blogger Perak Bangkit dan GAP juga mendedahkan kaitan Nizar dengan DAP yang cukup kuat.
Sampaikan mesyuarat exco yang penting pun dikatakan menggunakan bahasa cina.
Hal-hal Nizar yang lain boleh rujuk blog Perak Bangkit.

Kita perlu sedar, PAS telah mencadangkan kerajaan perpaduan baru-baru ini.
Hal ini tidak dipersetujui oleh Nik Aziz yang tak mahu sejarah berulang dan katanya Haji Hadi akan membelakangi keputusan Muktamar PAS di Ipoh pada ogos lepas.
Antara yang paling kuat menentang ialah DAP.
Kumbang rasa PAS, khususnya Haji Hadi telah mampu melihat keburukkan kerjasama PAS dan DAP.
Buktinya, Karpal telah berani menyatakan pendirian untuk menyaman Sultan Perak.
PKR dan PAS yang tidak bersetuju hanya mampu menyatakan itu semua hanya pendapat peribadi. Itu luaran, dalam hati siapa tahu?

Justeru itu PAS yang selama ini kononnya menang dengan kuasa rakyat perlu kembali menilai adakah kerjasama dengan DAP diterima rakyat selepas krisis politik Perak.

Bagaimana untuk menunjukkan kepada Nik Aziz dan ahli PAS yang lain bahawa kaitan PAS dengan DAP diterima atau tidak?

Cara terbaik adalah melakukan eksperimen dengan meletakkan calon yang paling hampir dan berkait rapat dengan DAP.

Siapa lagi kalau bukan Nizar 'Menteri Besar Perak yang sah' yang sentiasa ada di sampingnya Ngeh dan Nga, kepimpinan DAP Perak.

Kumbang ingin menyentuh soal Nizar yang mengatakan Barisan Nasional adalah seperti Israel kerana kononnya merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dalam video di atas.

Kumbang persoalkan,bagaimana dengan cita-cita 16 September Pakatan Rakyat?

Pernyataan Nizar ini perlu kita simpan dalam fikiran. Jika benar Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional melompat ke Pakatan Rakyat.

Kita akan tanya Nizar. Siapa Israel pada ketika itu?

Kumbang tidak hairan. Kerana beliau pasti akan membuat pernyataan 'menyelamatkan perut sendiri'.

Konklusi posting pada kali ini.
Kumbang merayu pengundi Bukit Gantang khususnya penyokong PAS. Buktikan bahawa anda tidak dapat menerima kerjasama DAP dan PAS melalui peti undi.

Pada pengundi yang berada di atas pagar. Fikir sejenak apa yang Kumbang cuba sampaikan di atas dan buatlah penilaian. Mana kaca, mana permata.

Jika benar, Nizar adalah eksperimen PAS.
Pengundi Bukit Gantang, pastikan eksperimen ini gagal.
Agar kepimpinan dan ahli PAS tahu kerjasama dengan DAP merugikan mereka.

"Kuasa rakyat, Kuasa keramat"

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

0 comments:

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...