NIZAR MENAFIKAN PRINSIP PAS SENDIRI!

on Wednesday, April 1, 2009



PAS...Merupakan satu-satunya parti Melayu pembangkang yang diharap-harapkan dapat membela Agama Islam dan Bangsa Melayu andai kata mereka dapat mengambil alih kerajaan persekutuan.

PAS...juga berdegar-degar dahulunya ketika sebelum membentuk kerajaan campuran bersama DAP, PKR bertubi-tubi dan berjanji akan menubuhkan kerajaan negera Islam yang bakal menyaksikan pelaksanaan hukum Hudud dengan lebih efisien.

Konsep negara Islam Malaysia sekarang ini tidak dapat diterima oleh PAS, kerana pemimpin-pemimpin atasan mereka yang dianggap sebagai ulama masih mengatakan bahawa Malaysia sekarang adalah negara sekular. Oleh yang demikian, mereka pun berceramahlah di seluruh pelusuk Malaysia menyatakan penubuhan sebuah negara Islam yang lebih original akan diwujudkan jika PAS memerintah.

Tetapi....sayang sekali, harapan tersebut yang didokong oleh ramai penyokong-penyokong mereka, termasuklah segelintir orang-orang UMNO yang percaya akan kewujudan negara Islam tersebut jika PAS memerintah telah dinafikan oleh Datuk Seri Nizar sendiri ketika berbahas di dewan hinggakan menimbulkan kegerunan dikalangan umat Islam yang berada di situ pada ketika perbahasan tersebut....Gerun kerana Datuk Seri Nizar telah mencabar dasar-dasar yang diperjuangkan oleh partinya sendiri...hinggakan terpaksa ditenteramkan oleh Datuk Zambry pada ketika itu dengan istighfar....

KENAPA SEMUA INI TERJADI? KENAPA TIDAK BERLAKU PERKARA SEPERTI INI DI KEDAH? DI KEDAH, PAS JUGA YANG MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN...namun ketegasan Ustaz Azizan di Kedah tidak sama dengan ketegasan Datuk Seri Nizar....terlalu banyak tangan yang menyucuk dibelakang beliau....hinggakan terpaksa mengorbankan prinsip pegangan Parti sendiri...



Wallahuallam...

-pilihan anda

0 comments:

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...