Lima Ketua Bahagian PKR Kedah Letak Jawatan

on Monday, April 6, 2009

SUNGAI PETANI, 6 April ( Bernama ) -- Lima ketua bahagian parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang meletak jawatan itu ialah ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad Ketua Bahagian Baling, Bakar Din, Ketua Bahagian Padang Serai, Hamid Othman, Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa dan Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.

Azhar berkata, mereka telah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu yang didakwa sebagai tidak relevan lagi kerana Anwar membawa parti itu ke arah merugikan masa depan orang Melayu.

Katanya, selepas kemenangan besar pilihan raya umum lepas, penasihat PKR itu tidak memperdulikan ketua-ketua bahagian yang selama ini membantunya.

"Saya kecewa kerana Anwar sudah mula lupa daratan dan lebih mengutamakan pandangan daripada pemimpin PAS dan DAP dalam membuat sebarang keputusan mengenai masa depan rakyat di negara ini, terutamanya orang Melayu, kata beliau.

Azhar berkata, Anwar juga telah mengabaikan pimpinan bahagian PKR dan tidak melantik mereka dalam sebarang jawatan termasuk jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK).

"Di Kedah tidak ada orang PKR dilantik menjadi MKK semuanya dikuasai oleh PAS, di mana kewibawaan Anwar dalam mencaturkan tempat untuk pemimpin PKR yang setia di Bahagian", kata beliau.

Kesemua lima bekas ketua bahagian berkenaan mahu pengundi di Bukit Selambau tidak terperangkap dengan ceramah Anwar dan mahu mareka menolak calon PKR S. Manikumar.

sumber - bernama

2 comments:

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

salam,
Warganegara Malaysia sekarang semakin sedar dengan implikasi menyokong pembangkang:

1. Pendedahan Nizar betapa PAS selama ini bersandiwara dengan mendakwa perjuangan mereka adalah untuk menubuhkan negara Islam amat memeranjatkan para penyokong PAS. Rakyat rasa tertipu.

2. Kemasukan beramai-ramai ahli PPP (komponen BN) ke parti PKR seperti yang didakwa Anwar amat merugikan kaum India.
2.1 Kaum India yang cuma penduduk minoriti di Malaysia terpecah lagi (MIC, DAP, PPP, PKR).

3. Tindakan 5 Ketua Bahagian PKR yang meletak jawatan dan meninggalkan PKR tidak akan terhenti di situ sahaja. Kesannya akan menjadi seperti teori domino yang akan meruntuhkan PR.

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...