4 pemimpin PKR Sarawak selamatkan diri mereka daripada Pakatan Fitnah

on Monday, April 6, 2009

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Julau yang keluar daripada parti kelmarin membuktikan bahawa mereka telah sedar Pakatan Rakyat hanya membawa kehancuran kepada perpaduan dan kestabilan politik di Sarawak. Mereka ialah Ketua Bahagian PKR Julau Dr Ambrose Labang Jamba, Timbalan Ketua Bahagian PKR Julau Wong Kee Kai, Setiausaha Rajang Unau dan Ahli Jawatankuasa Kundi Untung.

Keputusan itu mungkin diambil selepas menyedari parti pembangkang tersebut tidak mempunyai hala tuju dan agenda yang jelas dalam memperjuangkan nasib rakyat. Sememangnya PKR hanya tahu memainkan sentimen-sentimen buruk, bergantung keadaan dan tempat mereka berkempen.

Pada keadaan sekarang, rakyat sudah tahu membezakan yang mana satu fakta dan mana satu persepsi yang cuba digambarkan oleh pakatan pemfitnah yang hanya tahu mendekatkan diri mereka kepada rakyat ketika berkempen masa pilihanraya sahaja. Tanyalah mana-mana rakyat Sarawak di Batang Ai sebelum ini, pernahkah PKR dan Anwar mengambil berat nasib mereka sebelum ini?

KEPADA RAKYAT SARAWAK BATANG AI, BERFIKIRLAH SEBAIK-BAIKNYA SEBELUM MEMANGKAH UNDI TERUTAMA KEPADA PENYOKONG PKR. PAKATAN RAKYAT TIDAK MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA DAYAK JAUH SEKALI UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK-HAK TANAH ADAT SEPERTI MANA YANG MEREKA PERSOALKAN KEPADA KERAJAAN DI SARAWAK. TIDAKKAN KITA LIHAT APA YANG TELAH BERLAKU DI KAMPUNG BARU, PERAK? 

BAGAIMANA KITA HENDAK PERCAYA JANJI-JANJI KUMPULAN PENIPU YANG HANYA TAHU MEMBUAT PROVOKASI DAN BURUK-BURUKKAN PEMIMPIN DI NEGARA KITA DI DALAM DAN LUAR NEGERI? 

KITA HARUS MENOLAK BUDAYA POLITIK PAKATAN RAKYAT, KERANA MEREKA HANYA TAHU MEMBUAT PROVOKASI DAN MEMBURUKKAN PEMIMPIN BN DALAM SETIAP KEMPEN MEREKA. 

BERFIKIRLAH. JIKA KITA MELALUI SETIAP JALAN-JALAN YANG DIGANTUNG POSTER KEMPEN PRK MEREKA, BERAPA PERATUSKAH YANG MENUNJUKKAN KELEBIHAN DIRI MEREKA BERBANDING MEMBURUK-BURUKKAN PEMIMPIN KERAJAAN? 

KITA TAHU KEADAANNYA BAGAIMANA SEKIRANYA MEREKA INI JADI PEMIMPIN NEGARA KITA, APAKAH KITA DAPAT MENERIMA MEREKA YANG HANYA TAHU MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN MELETAKKAN KESILAPAN MEREKA KEPADA PIHAK LAIN?

0 comments:

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...