Isu apa Nizar Namrod nak bawa?

on Wednesday, April 1, 2009

Oleh : Taiping Mali

  • Pas sudah habis modal. Cuma mampu bagi HARAKAH DAN ALIRAN serta risalah-risalah yang menyalahkan Umno.
  • Isu minyak dah tak laku, harga minyak dah turun, subsidi pun dah dapat RM650 sebuah kereta. Motosikal RM150.
  • Isu PPSMI ? tak laku sebab majoriti rakyat nampak kebaikannya.
  • Isu derhaka ? Pas yang menderhaka tetapi membalikkan kesalahan kepada Umno kononnya Umno yg menderhaka, buka mereka.
  • Isu barang naik? Pun dah tak laku sebab 5 negeri yang Pas menang dulu pun gagal menurunkan harga barang.
  • Malaysia merupakan negara yang termurah dalam beberapa jenis barang keperluan harian seperti minyak petrol dan disel, beras, gula, minyak masak, tepung semuanya termurah.
  • Isu Tekun? pun tak laku, sebab orang Pas sendiri pun dapat dan tahu akan faedahnya.
  • Isu baru yang cuba dibangkitkan oleh Pas ialah elaun perumahan yang rendah. Alahai....rendah pun tak adalah. Had maksima pinjaman perumaahan dan mencecah 1/2 juta untuk seorang kaki tangan kerajaan. Ucaplah terima kasih. bersyukur lah. Jangan dengki askar dapat elaun perumahan tinggi. servis mereka dalam kerajaan bukan lama. had pinjaman perumahan pun tak tinggi macam yang dok komplain tu. belajar lah bersyukur.
  • Pengangguran siswazah? Pun tak laku dah. Pak Lah telah cuba memasukkan mereka untuk berkhidmat dalam perbagai sektor kerajaan. Cuma yang aku perhatikan ialah mereka ni pemalas, kalau yg rajin tu adalah mereka yang pernah susah sebelum ini, bila mendapat kerja, mereka melaksanakan kerja bersungguh-sungguh dengan penuh taat setia.
  • Kepada puak-puak satu lagi tu, tak boleh kata apa dah. Pas totok. tak pernah bersyukur, kalau kerajaan zalim dan tak telus, sila letak jawatan dan pergilah cari kerja di Sudan kah, Zimbabwe kah, mana-mana lah...
  • 1 comments:

    Hasbullah Pit said...

    Jenaka ini karangan siapa?

    Post a Comment

    Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...