Bumi Kenyalang bukan untuk Pakatan Rakyat

on Friday, April 3, 2009



PKR tertekan. Populariti orang harapan Anwar, Jawah Gerang di Batang Ai tidak begitu membantu dalam kempen politik mereka. Sebelum ini ramai di kalangan rakyat mendapat satu bayangan bahawa PKR sudah diterima di Sarawak ditambah lagi dengan cerita penghijrahan besar-besaran penyokong BN ke PKR terutama daripada kalangan masyarakat Dayak. Apakah berita kemasukan ahli baru yang seramai beribu-ribu orang seperti yang digembar gemburkan sebelum ini akan dapat membantu mereka?

Rakyat Sarawak mungkin kagum dengan populariti Anwar, tetapi itu bukan jaminan yang mereka sukakannya. Benarkah PKR kini telah bertapak di Sarawak sekukuh yang pengikut mereka sangkakan?

Tsunami politik PKR begitu kuat dirasakan di Semenanjung Malaysia, malah Sarawak turut merasa kesan tempiasnya apabila segelintir rakyat yang tidak menyukai kepimpinan kerajaan negeri mula beralih sokongan kepada mereka ini. PKR di Sarawak sebenarnya hanya mendapat tempat di hati masyarakat Dayak yang cuma hendak melemahkan pengaruh BN di negeri ini, mereka bukannya memperjuangkan ideologi politik PR.

Bolehkah masyarakat Dayak menerima usul pelupusan ‘taraf bumiputra’ yang diperjuangkan PKR bersama DAP atas dasar ‘Hak Kesamarataan’ rakyat?

Apa yang dilihat, PKR cuma merupakan batu loncatan yang dipergunakan untuk satu tempoh tertentu. Kekuatan mereka di Sarawak bersifat sementara. Siapa di antara rakyat Sarawak khususnya masyarakat Dayak yang benar-benar hendak menerima kepimpinan Pakatan Rakyat daripada Semenanjung Malaysia?

Orang PAS Pakatan Rakyat, yang dikatakan lebih Islam daripada penganut Islam, Orang KeAdilannya, terlalu adil sehinggakan orang yang tidak sependirian mereka disifatkan kejam semuanya. Orang DAPnya, cuma menunggu detik dan waktunya untuk menikmati apa yang ‘Rajah Brooke’ perolehi dahulu, sekadar memerhati masyarakat Dayak bertempur sesama sendiri untuk dapatkan pengaruh dan kuasa. Jadi siapa yang lebih baik keadaannya sekarang?

Apa alasan PKR bertanding di Batang Ai? Mereka sedar sekalipun mereka menang, mereka masih tidak akan dapat menubuhkan kerajaan dan BN akan masih lagi kekal menjadi kerajaan kita di negeri dan negara ini. Tujuan mereka bertanding hanyalah untuk menimbulkan pertikaian rakyat terhadap dasar kerajaan dan membuat ketidakseimbangan dalam politik negara. Dengan cara ini mudah bagi mereka merampas kerajaan dengan cara yang paling tidak demokraktik. Masih ingat janji 16 Sept?

Mereka bercakap soal pembangunan, soal hak tanah yang dijadikan isu bagi membangkitkan rasa marah rakyat kepada kerajaan yang memerintah. Sedangkan mereka tidak sedikitpun memperjuangkan hak rakyat sebagaimana diheboh-hebohkan. Lihatlah kawasan naungan mereka di Permatang Pauh sekarang. MANA LETAKNYA JANJI YANG DITABURKAN KEPADA RAKYAT DI PERMATANG PAUH?

Perpaduan dalam Pakatan Rakyat cuma bersatu untuk menumbangkan BN dan UMNO, mereka tiada masa untuk membincangkan isu pembangunan struktur, ekonomi dan pendidikan rakyat apatah lagi untuk rakyat Sarawak. Jika benar keadaannya, penduduk di Bukit Selambau pasti tidak akan berpaling daripada kepimpinan PKR pada ketika Anwar benar-benar memerlukan sokongan mereka.

Bagaimana PAS boleh menongkah arus bekerjasama pula dengan DAP walhal DAP sedikit pun tidak memberi muka kepada mereka dalam rancangan pembentukan kerajaan islam impian PAS itu. Apa yang kita lihat sebenarnya PKR dan PAS tidak lebih daripada hanya menjadi boneka DAP dalam perancangan mereka untuk menguasai politik negara yang kini cuma dikuasai oleh orang melayu dan Bumiputra.

Ambillah iktibar daripada kerajaan PAS di Perak sebelum ini yang mempunyai Menteri Besar yang tidak berkuasa dalam kabinet kerajaannya. Pada pandangan rakyat, kerajaan Pakatan Rakyat memberikan kepercayaan kepada seorang Melayu yang beragama Islam sebagai ketua dalam pentadbiran Demokrasi Kerajaan Negeri. Hakikatnya yang berkuasa mengawal semua urusan penting dalam pentadbiran negeri termasuk kewangan adalah DAP.

6 orang ADUN DAP mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri sementara PKR hanya 3 tempat. PAS pula cuma mempunyai satu kerusi exco dan satu jawatan MB Boneka (yang tunduk pada kemahuan DAP sekiranya ingin terus berkuasa). Jadi siapa sebenarnya yang mengawal kerajaan Perak?

Siapa yang lebih mengenali Anwar selain Ezam yang satu ketika dulu sanggup dipenjarakan kerana memperjuangkan ideologi politiknya? Mengapa beliau sekarang sudah berpindah aliran? Rakyat Sarawak tidak mengenali siapa pemimpin de facto ini sebenarnya. Jangan mudah terpedaya dengan kata janji pemimpin yang sentiasa berubah mengikut keadaan dan tempat.
Seburuk-buruk kepimpinan Negeri Sarawak, rakyat tidak pernah ditipu sepertimana di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Dalam keadaan geografi Sarawak dan logistik yang terhad, rakyat di negeri ini mendapat segala kemudahan yang diperuntukkan. Keseimbangan dalam pentadbiran kerajaan negeri sangat penting dalam menguruskan peruntukan dan kebajikan kepada rakyat. Jika kerajaan negeri tidak mempunyai pengalaman dalam perancangan serta mempunyai masalah disiplin dan tanggungjawab seperti kerajaan Pakatan di Perak dan Selangor, apakah yang rakyat bakal perolehi?

Membawa perubahan dan membuat kebajikan kepada masyarakat setempat tidak hanya bergantung kepada kehebatan berkata-kata pemimpinnya. Apa yang penting, kita lihat sejauh mana mereka membuktikannya di daerah penguasaan mereka sendiri. Nilailah dahulu sebelum membuat satu keputusan yang akan menentukan hala tuju politik bumiputra dan hak kaum pribumi di Sarawak. Jangan digadaikan hanya kerana kita berkehendakkan perubahan yang belum pasti menguntungkan diri dan masyarakat kita.

1 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

YA ALLAH YA TUHAN KAMI
AMPUNKAN DOSA PAS DAN PKR
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
JANGANLAH KAU PERCIKKAN MEREKA DENGAN ULAR BESAR
JANGANLAH KAU LIBAS MEREKA DENGAN RANTAI BERAPI
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
MEREKA ITU BODOH DAN SOMBONG DI DUNIA
MEREKA MENJUAL AGAMA MU MENGIKUT SUKA HATI MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR
MEREKA MENJUAL 'ALLAH' DEMI MENGEJAR PANGKAT DUNIA
DIA YANG AKU MAKSUDKAN KHALID SAMAD DAN ANWAR DURJANA
AMPUNKAN DOSA MEREKA
JANGANLAH KAU SEKSA MEREKA DI DALAM KUBUR

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...