Batang Ai : bekas penyokong Jawah dedah rahsia

on Thursday, April 2, 2009

’Janji tinggal janji’’. Itulah ungkapan yang dilafazkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Iban, Tuai Rumah Aja Anak Jemut di majlis sidang media oleh bekas penyokong Jawah Gerang dari lima buah rumah panjang di Pusat Barisan Nasional di sini petang ini.

‘’Semasa Jawah Gerang menjadi wakil rakyat kami, beliau pernah memberitahu penduduk di Rumah Aja bahawa dia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16,000 untuk projek rumah panjang kami di Kompleks Sukan Lubok Antu ketika merasmikan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Iban pada tahun 1999.

‘’ Namun sehingga sekarang rumah panjang kami tidak menerima sebarang peruntukkan tersebut yang telah dijanjikannnya,’’ tambah beliau lagi.

Aja menjelaskan lagi bahawa dia terpaksa menyatakan perkara sebenar kerana khuatir rumah panjang beliau akan dianggap telah menerima peruntukkan tersebut walaupun pada hakikatnya belum ditunaikan lagi.

Beliau juga turut menyatakan surat susulan kedua bertarikh 2 Februari 2007 juga telah pun dihantar kepada Jawah.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah ADUN Bukit Begunan, Mong Dagang, Wakikota Kapit, Philimon Nuing dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wilson Ugak Kumb

0 comments:

Post a Comment

Komen Perlu Ditulis dengan Berhemah dan Bertanggungjawab..Sebarang komen menyalahi undang undang akan ditanggung sepenuhnya oleh anda...